Ketika ini penulis sibuk melayan karenah kawan-kawan serumah. Masing-masing riuh menonton perlawanan bola sepak antara Tottenham menentang Everton. Walaupun begitu pasukan pilihan mereka bukanlah termasuk 2 kelab ini. Hanya suka menyaksikan persembahan dan membuat ulasan seperti wartawan sukan sepenuh masa. Begitupun perlawanan ini benar-benar tidak menghampakan. Biasanya apabila ada pemain dapat menjaringkan gol, peminat pastinya benar-benar memuji kehebatan mereka.
Pujian biasanya ditujukan atas sesuatu kejayaan atau memberi penghargaan yang tidak terhingga. Kejayaan biasanya ada kaitan dengan usaha dan kerja keras dari seseorang individu. Jika seorang pekerja dapat menyelesaikan tugas yang diberikan, majikan pasti akan memujinya. Tidak ada majikan yang mahu mensia-siakan pekerja seperti itu, bahkan majikan yang bermulut manis pasti dapat memberikan apa sahaja kelebihan terhadap pekerja kesayangannya itu.
Begitu juga seorang isteri yang pandai mengambil hati suaminya. Masakan isteri harus dipuji setiap hari untuk menyatakan bahawa tidak ada yang lebih baik cara masakan kecuali isterinya itu. Pujian tersebut sememangnya mampu membuatkan hati si isteri begitu lega. Tidak sia-sia si isteri berkhidmat untuk suaminya. Janji suaminya itu pandai berkata-kata dan memuji setiap apa yang dilakukannya. Ini lebih penting selain menjaga perut si suami.
Pujian dan kata-kata yang manis kadang-kadang boleh membawa musibah. Ada orang yang tidak suka dipuji langsung. Mereka lebih suka melakukan sesuatu tanpa diketahui orang lain, atau lebih suka berstatus 'low profile' supaya tidak wujud perasaan membeza-bezakan antara satu sama lain. Walhal dalam diam-diam merekalah paling banyak membawa kejayaan dan keuntungan untuk orang lain. Sikap seperti inilah yang harus lebih diberi pujian. Akan tetapi mungkin bukan secara langsung seperti orang yang suka menerima pujian.
Setiap pujian bukanlah membawa maksud yang buruk, bahkan kadang-kadang dengan pujian seseorang akan lebih rasa dihargai. Akan tetapi jangan terlalu berlebihan, kelak ia sendiri akan mendatangkan sikap ego dan bongkak dalam diri masing-masing. Berilah pujian sekiranya ianya bertujuan kebaikan, tetapi jauhilah ia sekiranya ia membawa fitnah kepada diri sendiri dan orang lain.

1 comment:
salam en kamal arep..
mantap sungguh perbahasan artikel"lembut gigi daripada lidah" iaitu mengenai pujian seseorang kpd seseorang.
Tapi jika mengikut kamus dewan, peribahasa tersebut bermaksud bersikap lemah-lembut dan merendahkan diri apabila berhajatkan sesuatu daripada seseorang.
Contoh2 yang anda berikan itu betul sebagaimana pujian si suami kpd isterinya dlm mskn ataupun apa2 jua. Cuma kurang tepat dari segi kontens peribahasa itu.
Lebih tepat lagi, anda bwkn contoh mengenai seseorang yang ingin meminta sesuatu daripada contohnya Datuk bandar, berckp secara lembah lembut dan merendah diri padahal didpn org lain dia seorang yg kasar dan tidak beradab.
Wallahualam..
Post a Comment